19 April 2016

Demam Kuning Masalah Utama Bayi Baru Lahir

"Takpe kuning bayi biasa la, nanti kuning turun sendiri" kau kasi jer susu kambing nanti kuning turunla". seringkali kita mendengar petua sebegini kan, tapi tahukah anda kaedah ini kadangkala meningkatkan lagi kuning bayi anda dan mendedahkan risiko kepada organ dalaman bayi yang masih kecil.
Kuning diketogori sebagai normal, dan selalunya akan hilang selepas 14 hari. Namun jaundice yang melebihi 14hari dikenali prolonged jaundice dan perlu mendapat rawatan lanjut. Kuning juga berisiko kepada ibu bayi berdarah O, BABY PREM ( pramatang ) dan baby G6PD ( penyakit darah ). Ramai orang mula tercari-cari alternatif rawatan untuk masalah demam kuning bayi ini.


Ape itu demam kuning? Deman kuning pada orang dewasa ialah disebabkan oleh sejenis nyamuk yang telah dijangkiti virus.Deman ini boleh merosakkan fungsi hati dan boleh menyebabkan jaundis yang sangat teruk, tapi dalam masyarakat kita ni dah biasa kalau bayi kene jaundis pun panggil deman kuning. tapi x kisahlah asalkan kita tahu faktanya.
Bagi jaundis pada bayi, Jaundice berasal dari perkatan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.
Apakah Rawatan Demam Kuning? ujian darah akan diambil untuk menentukan tahap bilirubin dan jika kuning bayi diatas paras 130 bayi akan dirawat melalui kaedah fototerapi - penggunaan cahaya bililight (dibawah cahaya mentol) Bayi dibogelkan, mata mereka ditutup dan diletakkan dibawah cahaya bililight dan akan diteruskan sehingga bilirubin dalam darah menurun. - kaedah penukaran darah dilakukan bagi sesetengah kes yang tertentu.



kesan jaundis jika tidak dirawat dengan betul.

Kecacatan kekal seperti pendengaran yang terjejas -proses perkembangan otak dan saraf akan terganggu -risiko pada sistem pencernaan bayi akibat memberi makanan terlalu awal.

Risiko Kuning bagi bayi adalah tinggi sekiranya:
Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum -Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis) -Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma -Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive) -Masalah dengan enzim darah merah (G6PD) -Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism) -Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson) -Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)

kaedah pencegahan dan rawatan jaundis! - Susu pertama ibu dan teknik penyusuan yang betul dapat memastikan bayi menerima khasiat sepenuhnya dari susu ibu. susu kolostrum ibu yang diterima bayi akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. -galakkan bayi anda berjaga dan menyusui bayi anda setiap 1-2jam sekali. -IBU juga boleh menjadikan serum NURAZ mandian herba sebagai produk wajib ada sebagai persediaan bayi anda agar kuning bayi anda dapat dikawal dengan lebih awal. -kami bersedia membantu ibu-ibu menyelesaikan masalah anda -sila layari facebook kami: Rawat Kuning Bayi- Nuraz Johor/ whatsapp saya pn ani +011-10698847 untuk nasihat dan bimbingan.
MANDI-MANDI KUNING TURUN, BAYI SIHAT BAYI NURAZ

0 10:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen